Latest News

TSR Capital Terima Kontrak Infrastruktur RM48 Juta Untuk Pembangunan Bandar Bukit Raja

KUALA LUMPUR 17 Dis – TSR Capital Berhad mengukuhkan buku pesanan kumpulannya apabila anak syarikat milik penuhnya, TSR Bina Sdn Bhd, menerima kontrak infrastruktur utama bernilai RM48 juta bagi projek pembangunan Bandar Bukit Raja Peringkat 3 di Klang, Selangor.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, TSR Capital berkata TSR Bina telah menerima surat setuju terima daripada Sime Darby Property (Bukit Raja) Sdn Bhd bagi cadangan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja infrastruktur utama serta kerja-kerja sampingan di Bandar Bukit Raja Peringkat 3, Mukim Kapar, Daerah Klang.

Menurut syarikat itu, kontrak berkenaan merangkumi pembekalan dan penghantaran bahan serta perkhidmatan kerja pembinaan, dengan skop kerja melibatkan pembinaan jalan dan sistem perparitan, kerja-kerja pembetungan, sistem retikulasi air serta kerja-kerja sampingan lain.

TSR Capital berkata, projek tersebut dijangka siap pada suku kedua 2027.

“Lembaga Pengarah berpendapat, melainkan terdapat keadaan luar jangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 serta sepanjang tempoh kontrak,” katanya dalam makluman tersebut.

Menurut Lembaga Pengarah, syarikat tidak menjangkakan sebarang faktor risiko luar biasa selain risiko operasi dan projek yang lazim bagi kontrak pembinaan, yang akan ditangani menerusi proses pengurusan risiko dan kawalan dalaman sedia ada kumpulan.

TSR Capital turut memaklumkan kontrak tersebut tidak tertakluk kepada pembaharuan dan tiada kepentingan langsung atau tidak langsung melibatkan mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan dalam kontrak berkenaan.

Lembaga Pengarah TSR Capital berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor berkaitan, penerimaan kontrak tersebut adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan para pemegang saham.

Kontrak itu juga tidak memerlukan kelulusan pemegang saham TSR Capital atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia berkaitan.

Share:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp

Latest Articles

林叶资本获颁9900万加叻大道扩建工程

TSR Capital Bags Infrastructure Contract for Mega Circular City in Johor

TSR Capital wins RM219mil building project

Latest Articles

林叶资本获颁9900万加叻大道扩建工程

TSR Capital Bags Infrastructure Contract for Mega Circular City in Johor

TSR Capital wins RM219mil building project