Latest News

TSR Capital dapat kontrak kerja tanah Elmina Business Park 2

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh TSR Capital Bhd (TSR Capital), TSR Bina Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Sime Darby Property Bhd bagi kontrak kerja tanah pembinaan di Elmina Business Park 2, Gombak, Selangor bernilai RM75 juta.

TSR Capital berkata, skop kerja di bawah kontrak ini terutamanya membabitkan pembinaan dan penyelesaian pembersihan tapak serta kerja tanah membabitkan kira-kira tujuh juta meter padu pemotongan dan pengisian tanah.

Selain itu, syarikat berkata projek ini merangkumi pelan kawalan hakisan dan sedimen, pembinaan dinding penahan dan dinding tanah bertetulang serta kerja saliran utama dan saliran pembetungan.

“Kontrak berkenaan akan meningkatkan dan memperkukuh nilai perolehan kontrak sedia ada kumpulan.

“Kontrak ini juga tidak akan memberi kesan kepada modal saham yang diterbitkan syarikat tetapi dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih setiap saham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2025 hingga 2026,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Resource: Berita Harian

Share:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp

Latest Articles

林叶资本获颁9900万加叻大道扩建工程

TSR Capital Terima Kontrak Infrastruktur RM48 Juta Untuk Pembangunan Bandar Bukit Raja

TSR Capital Bags Infrastructure Contract for Mega Circular City in Johor

Latest Articles

林叶资本获颁9900万加叻大道扩建工程

TSR Capital Terima Kontrak Infrastruktur RM48 Juta Untuk Pembangunan Bandar Bukit Raja

TSR Capital Bags Infrastructure Contract for Mega Circular City in Johor